Tuesday, October 4, 2011

Cukup?...

Belajarlah Untuk Berkata Cukup
Oleh: Abu Naqibah




Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yangdisiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakonutamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salahsatu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkanpelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisappipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebutterlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintakmaaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atasjalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranahla dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikaltadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali kesatu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluardari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelumini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailerdan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakangkereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don'tknow what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut di minta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yangberbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Michealmengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlakusupaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yangmaut. Perasan tak?Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnyaberlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya,tahukah kita apa yang terbaik untuk kita?

Kalau kita dilahirkan miskin,kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kitakata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atauberpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusiayang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabitdalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalitdalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itudapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yangterbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberisesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah ituMaha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu MahaBijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yangbernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjanghidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apayang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allahberikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! BahkanAllah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengankeadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihatanaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah,petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha SuciAllah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidakdapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukarbagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener onthe other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lainitu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kitatidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasamengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turutmengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu kehilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilangmetal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanyamemiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF.Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gajiRM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dahcukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagaitrainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masatu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapibila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukupjuga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya takikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat sayapanjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allahberi. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yangpenting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. PesanNabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untukhari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlahdunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esokhari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allahmaka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezekiuntuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayaransuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakapdia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebabtiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periukbesarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkindia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telingakiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ketempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. HariAhad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Kemasjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kitatak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi diahilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.Bersyukurlah Allah telah menunaikan..

-Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Sayapasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukanniat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanyamengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kalipernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kitatambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalahpohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernahmemberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yangsombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombongadalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam.-..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama inikami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmatsyurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlahkami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH .....

" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu. Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "

Friday, August 27, 2010

Harga Seorang Isteri~~




Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah apabila dia bekerja dengan Tuhan...
Menjadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak.....jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak utk menyusu bersama..
Cuti ini bukan cuti suka hati tetapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda "berjimak dgn isteri itu pahala"..jangan buat deekkk ajeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat..dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan ..isteri boleh bantu apentah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10 

Wednesday, October 3, 2007

AZAN DIKUMANDANGKAN 24 JAM TANPA HENTI...!!!!

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ini..
Subhanallah....
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui '..Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah..' Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.



Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan KeAgungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat indonesia adalah 1-1/2 jam.



Belumpun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.


Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.


Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zohor kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.



Subhanallah..... begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (kalaulah yang power habis!!!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus... Allahu Akhbar....!!!!

Thursday, September 27, 2007

Antara kesilapan-kesilapan dalam Bulan Ramadhan

Antara kesilapan2 ketika menyambut Ramadhan
(disampaikan ole Ust. AnuarRiduan, Akademi Islam, UM)

Kesilapan2 bersahur
1. Puasa tanpa sahur. Sahur ada keberkatannya, bersahurlah walau dgn.segelas air. Hadith Rasulullah SAW, mafhumnya, "Perbezaan puasa kita dgn ahli kitab ialah bersahur."
2. Memepercepatkan sahur. Hilang keberkatan bila bersahur awal.Rasulullah SAW berhenti makan kira2 sempat membaca 50 ayat i.e. lebih kurang10 minit sebelum waktu subuh. Kita kenali sbg. waktu Imsak.
3. Meneruskan bersahur sampai habis azan.

Kesilapan2 berpuasa
1. Tak rasa apa2.
2. Rasa malas.
3. Tidak mendalami ilmu puasa. Janganlah balasan puasa kita hanya lapar& dahaga saje.
4. Tidak meninggalkan maksiat.
5. Ramai yg. meninggalkan sunnah Rasulullah SAW spt. berkomor2 ketikawudhu.
6. Tidak berniat dimlm. hari.
7. Khususkan bulan Ramadhan saja utk. berbuat baik.
8. Bulan utk. tidur & cepat temper.
9. Priority silap i.e. memenuhi masjid diawal Ramadhan tetapi semakinberkurangan as Ramadhan progresses & mengejar perkara sunat (Terawih) at the expense of perkara wajib (majlis ilmu).

Kesilapan2 berbuka puasa
1. Melewatkan berbuka puasa.
2. Tidak menjawab azan.
3. Tidak berdoa. Rugi krn. waktu mustajab.
4. Memperbanyakkan makanan. Hilang hikmahnya.

Kesilapan2 membaca AlQuran
1. Bacaan tidak bertajwid & tanpa erti maksud bacaan (gunakan tafsir)krn. berebut utk. khatam.
2. Baca pakai microphone bila bertadarrus.

Kesilapan2 bila membayar fitrah
1. Tangguh sehingga just sebelum sembahyang sunat Hari Raya. Takut2ter-miss.

Kesilapan2 org. perempuan
1. Tidak menghabiskan masa utk. beribadat especially towards the last10 days bila sebok buat kueh & persiapan2 lain utk. menyambut Raya.
2. Bercampur bila kemasjid.
3. Tidak memasak i.e. lebih banyak membeli. Rugi krn. pahala memberi/menyedia makanan utk. org. yg. berpuasa adalah sama banyaknya dgn. mrk. yg.berpuasa.

Kesilapan2 sembahyang terawih
1. Laju. Root word perkataan terawih ialah raha yg. bermakna rehat,jadi janganlah berebut. Ada satu masjid/ surau mengerjakan 20 rakaat terawihdalam masa 20 minit flat! Bayangkan betapa lajunye!
2. Makmum membuka & membaca AlQuran kecuali menyemak bacaan imam hafiz.

Kesilapan2 besar bulan puasa.
1. Tinggalkan tahajjud esp. 10 mlm. terakhir. Rasulullah SAW tak pernahtinggal solat sunat tahajjud, dhuha & witir dlm. kehidupan Baginda SAW.Solat sunat tahajjud adalah utk. menunjukkan rasa bersyukur seorg. hambakpd. Penciptanya, spt. yg. diriwayatkan oleh Saidatina Aishah RA.
2. Perempuan bila didatangi haid, tetap tumpukan utk. mencari pahala dgn. berzikir, membaca buku2 agama dll perbuatan yg. bermanafaat.
3. Tidak beriktikaf esp. 10 mlm. terakhir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...