Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Saturday, June 14, 2014

TOLONG SAMPAIKAN PADA SI DIA

Tolong sampaikan pada si dia, aku ada pesanan buatnya..Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..Tolong beritahu si dia, cinta manusia hanya akan membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai Allah Hu Ya Waduud (Maha Menyinta-Mengasihi) Tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati Allah Hu Ya Latiff (Maha Lembut)Tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurgaNya..Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak kakinya ada syurgaNya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..Tolong ingatkan si dia, aku mengasihinya kerana akhlaknya..

Tolong tegur si dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia..Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..Tolong tegur si dia, andai nafsu membuai fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Allah Hu Ya Khaliq ( Maha Mencipta)Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan didekati kerana menjaga batasan cinta..Tolong sabarkan si dia, bila jarak memisahkan hingga mejadi penyebab tumbuhnya kerinduannya..

Tolong pesankan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..Tolong pesankan padanya, aku tak mahu menjadi penyebab kegagalannya..Tolong pesankan padanya, hanya doa yang mampu kupanjatkan biarkan Allah Hu Ya Muhaimin (Maha Memelihara) menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu mengecewakan dia..Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berhasil dalam impian dan cita-citanya..Tolong khabarkan pada si dia, jadilah pendorong semangatku dalam berikhtiar dan berusaha..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Allah Hu Ya Karim (Maha Mulia)..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Semoga dia ibarat seekor lebah yang sentiasa memuji keagunganMu Ya Allah Hu Ya Kabir(Maha Besar)

Monday, May 26, 2014

24 KELEBIHAN SEORANG WANITA


  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, 
  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 
  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, 
  5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya. 
  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. 
  16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Thursday, May 22, 2014

Air Mata Wanita

Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama Engkau menciptakan wanita, ya Allah ???"
Allah menjawab ,

"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap yang telah Aku ciptakan untuk wanita ?
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".
Malaikat menjawab dan takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab ,
"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari "
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"ya Allah , kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab ,
"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
"Untuk apa ???", tanya malaikat.
Allah melanjutkan ,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki , ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki , dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,
mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya ,
dia mampu berdiri melawan ketidakadilan ,
dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang ,
dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia ,
dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran .
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian ,
tapi dia mampu mengatasinya .
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita , ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun , harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya ,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya , Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya , susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya , kerana itulah pintu hatinya , tempat dimana cinta itu ada."

Wallahu'alam .

Friday, November 30, 2012

NASIHAT UNTUK WANITA




1.Terlalu lama berdiri
Merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah. 

2.Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur. 

3.Terlalu lama berjalan 
Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya. 

4.Terlalu lama melihat 
Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya. 

5.Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan. 

6.Terlalu riang/gembira 
Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina. 

7.Terlalu kerap marah 
Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua. 

8.Terlalu banyak berfikir 
Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas. 

9.Terlalu banyak bersedih 
Merosakkan jantung. 

10.Terlalu merana 
Merosakkan paru-paru. 

11.Terlalu takut
Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung. 

12.Terlalu kerap terkejut 
Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih. 

13.Terlalu banyak makan  
Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina) 

14.Terlalu banyak minum minuman berais 
Merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda 

15.Terlalu banyak masa lapang 
Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...