Resepi Puding Susu Buah-Buahan
Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail
* Buah-buahan segar.
Cara - Cara Membuat :
1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. Pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktail.
4. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.
Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.
p/s
- selain dari guna buah dlm tin, kita juga kena guna buah2an segar, letak bila agar2 dah sejuk sedikit taburkan buah2 yg kita dah potong, jadinya buah yg kita letak tadi tidak mendap ke bawah
No comments:
Post a Comment