Antara alasan-alasan yang sering dikaitkan oleh wanita masa kini yang enggan
menutup aurat ketika dinasihati oleh rakan-rakan berlandaskan ajaran Islam
ialah :-
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia
menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik
dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung
tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru
masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu
tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa
betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi
dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci
dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang
membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu
yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai
rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup
untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang
lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain
dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan
gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti?
Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah
filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat
nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu.
Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak
ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas
beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan
terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan
permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu
jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh
kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi
tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci
malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung
dan melindungi diri kamu.”
No comments:
Post a Comment