Tuesday, October 4, 2011

Cukup?...

Belajarlah Untuk Berkata Cukup
Oleh: Abu Naqibah




Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yangdisiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakonutamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salahsatu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkanpelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisappipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebutterlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintakmaaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atasjalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranahla dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikaltadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali kesatu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluardari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelumini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailerdan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakangkereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don'tknow what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut di minta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yangberbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Michealmengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlakusupaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yangmaut. Perasan tak?Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnyaberlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya,tahukah kita apa yang terbaik untuk kita?

Kalau kita dilahirkan miskin,kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kitakata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atauberpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusiayang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabitdalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalitdalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itudapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yangterbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberisesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah ituMaha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu MahaBijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yangbernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjanghidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apayang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allahberikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! BahkanAllah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengankeadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihatanaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah,petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha SuciAllah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidakdapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukarbagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener onthe other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lainitu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kitatidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasamengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turutmengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu kehilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilangmetal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanyamemiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF.Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gajiRM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dahcukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagaitrainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masatu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapibila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukupjuga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya takikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat sayapanjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allahberi. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yangpenting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. PesanNabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untukhari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlahdunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esokhari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allahmaka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezekiuntuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayaransuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakapdia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebabtiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periukbesarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkindia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telingakiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ketempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. HariAhad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Kemasjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kitatak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi diahilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.Bersyukurlah Allah telah menunaikan..

-Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Sayapasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukanniat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanyamengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kalipernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kitatambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalahpohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernahmemberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yangsombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombongadalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam.-..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama inikami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmatsyurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlahkami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL-LAH .....

" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu. Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...